Puasa cara terbaik berhenti merokok...!!!
Salah satu strategi untuk berhenti merokok adalah dengan berpuasa. Ini adalah kerana berpuasa boleh merupakan satu usaha pembentukan siasah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu.
Sebagai suatu bahan psikoaktif, nikotin lebih mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu-tisu saraf dan otak berbanding bahagian badan lain. Di smaping itu ia juga tapak-tapak tertentu di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah selain otak.
Secara amnya, kesan nikotin menampakkan tanda-tanda seperti rasa khayal serta 'ringan' pada mulanya, akibat rangsangan reseptor di saraf otak. Ini jelas kepada mereka yang berbuka dengan terus merokok.
Sungguhpun begitu setiap orang mungkin mengalami kesan yang agak berlainan kerana cara mereka menghisap rokok berbeza-beza. Walaupun nikotin umumnya tidak menyebabkan kanser, tetapi dalam rokok lebih kurang 4,000 bahan racun lain telah dikenal pasti dan antaranya disahkan boleh menyebabkan kanser.
Yang amat ketara sekali ialah kesan dadah nikotin pada otak. Antara lain ia boleh membuat seseorang itu mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau pening yang dirasakan ketika mula-mula merokok.
Peratusan perokok yang ketagih kepada dadah nikotin boleh dikaitkan dengan bilangan rokok yang dihisap oleh seseorang itu.
Tabiat merokok menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan psikologi atau mental. Ini termasuklah keselesaan bersosial yang sering dijadikan alasan untuk terus merokok. Malah ada perokok yang mendakwa kononnya merokok boleh memberikan ilham atau motivasi untuk mencapai matlamat.
Kedua pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang itu mengalami ketagihan dan menyebabkan pelbagai kesan jasmani apabila ia berhenti merokok.
Ekoran daripada itu, seperti mana dadah-dadah lain, seseorang yang keputusan bekalan rokoknya akan merasa tidak selesa dan menjadi terdesak untuk menghisap rokok, malah ada yang gian. Rasa gian ini timbul kerana tanpa rokok dadah nikotin yang terserap dalam tubuh khususnya dalam darah (khususnya di otak) menjadi semakin rendah dan akhirnya dapat menjejaskan keselesaan seseorang itu.
Malah perasaan gian jugalah yang sering mendorong seseorang itu kembali merokok semula kerana tidak sanggup dihantui perasaan tidak selesa tadi. Ini termasuk keadaan seperti menggeletar, rasa cemas, hilang tumpuan maupun kerengsaan.
Kadang kala si perokok merasa pening, berpeluh ataupun tidak senang diam selagi 'bekalan' nikotin dalam tubuhnya (terutama otak) tidak dapat ditingkatkan semula.
Dalam masa tujuh saat setelah menghisap rokok, dadah nikotin akan mula masuk ke otak. Bayangkan setiap batang rokok yang dihisap, anggaran 1 miligram(mg) dadah nikotin terserap ke dalam tubuh, termasuk otak, bersama bahan lain.
Menghisap 10 batang rokok akan mengalami kesan tindakan nikotin sepuluh kali ganda dan seterusnya. Lebih banyak rokok dihisap, lebih banyak pula dadah nikotin berkumpul dalam darah tubuh.
Oleh itu, semasa seseorang itu kehabisan rokok, kesannya merosot sehingga begitu ketara sekali. Inilah sebabnya mengapa seseorang itu sanggup berbuat apa saja untuk terus merokok.
Semasa berbuka, rokok akan menjadi pilihan utama. Satu kajian menunjukkan dalam masa seminggu selepas berhenti merokok, tanda-tanda gian, gelisah, tidak cukup tidur, tidak sabar, tidak memberi tumpuan, keresahan, kemaruk tembakau, lapar, masalah usus perut, sakit kepala, pening akan dialami. Kesan-kesan gian seperti ini umumnya akan mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk reda, melainkan rasa kemaruk tembakau (kesan pergantungan mental).
Rasa kemaruk kadang kala berlarutan tetapi ia beransur-ansur lebih mudah ditangani kemudiannya. Selalunya seorang itu akan kembali merokok dalam minggu pertama setelah berhenti merokok.
Tekanan
Untuk mengatasi semua 'tekanan' ini, berpuasa merupakan satu latihan yang amat berfaedah khususnya untuk mengatasi pergantungan akibat merokok. Ini terbukti kerana semasa berpuasa ramai yang dapat menahan diri daripada merokok.
Persoalannya mengapa sebaik saja berbuka puasa ataupun Hari Raya tidak kurang pula yang kembali merokok. Di sini letaknya niat satu proses mental yang boleh mengatasi tabiat merokok.
Berpuasa merupakan satu-satunya cara baik. Di sini letaknya soal azam. apa lagi dengan kesedaran bahawa amalan rokok itu sering berlawanan dengan kehendak agama dari segi pembaziran wang dan usia.
"Hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya bukan dengan menerima sebanyak- banyaknya."
***Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat di bulan RAMADHAN . insyaAallah...*_*
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.
***Sumber Dari : http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/racun/1996/puasa.html