RAHSIA LISA SURIANI KEKAL CANTIK REMAJA SELEPAS BERKAHWIN

No Comments
SIAPA yang tidak kenal dengan wanita cantik berdarah Melayu-Bugis ini. Senyuman tidak pernah lekang di wajahnya, sebab itulah, dia sentiasa disenangi sesiapa sahaja, ke mana sahaja dia pergi.

Sedikit mengenai bintang filem Ombak Rindu ini, dia mula mencuri tumpuan pengarah drama dan fi lem apabila wajahnya sering muncul di kaca televisyen sebagai model iklan komersial sekitar 2000.

Kemudian, rezeki berpihak kepadanya, apabila dipilih membintangi filem pertamanya, iaitu Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada 2006. Kini setelah hampir 10 tahun berada dalam bidang ini, kecantikan isteri anggota kumpulan trio adik-beradik, KRU, Yusry Abdul Halim ini semakin terserlah.





Agaknya, bagaimana empunya nama Lisa Surihani Mohamed ini mengekalkan keremajaannya?

Ini kerana, selain bertubuh langsing, duta produk kecantikan Garnier ini juga mempunyai kulit mulus dan cantik yang didambakan wanita di luar sana.

Jom kita kongsi rahsia Lisa yang bakal meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada Sabtu ini, tentang amalan kecantikan dan kesihatan yang diamalkannya...

Walau pun sudah mendirikan rumah tangga, namun Lisa masih mampu mengekalkan berat badan seperti sewaktu anak dara, apa petua Lisa ya?

Sebenarnya, tiada apa-apa petua yang saya amalkan, saya juga makan seperti biasa, saya tidak pernah meninggalkan nasi. Lagi pun selepas kahwin, badan saya juga naik cuma apabila saya sedar, saya mula mengawal pemakanan.







Boleh kongsi, apa yang anda lakukan untuk mantain berat badan?
Saya tidaklah mengamalkan diet ketat, cuma saya tidak lagi makan nasi daripada beras biasa, sebaliknya hanya makan nasi menggunakan beras yang tidak berkanji. Alhamdulillah, selama enam bulan melakukannya, berat badan saya telah berkurangan.

Adakah anda seorang yang gemar bersenam?
Jadual kerja saya sangat padat, memang saya tak punya masa untuk bersenam. Senaman bagi saya hanyalah ketika turun atau naik tangga dan berjalan untuk ke sesuatu acara yang saya pergi. Mungkin sudah nasib saya kerana tidak mempunyai masalah berat yang keterlaluan.

Beralih kepada produk penjagaan kulit wajah pula, apakah produk pilihan anda?
Sebagai duta produk Garnier, memang saya menggunakan produk ini setiap masa. Lagi pun, ia telah menjadi pilihan saya sejak remaja lagi. Setakat ini ia memang kena dengan kulit saya.

Adakah anda mengamalkan petua lain, mungkin yang berunsur tradisional?

Kalau nak kata pakai bedak sejuk ke, putih telur ke, memang tiadalah, saya memang menyerahkan tugasan ini kepada Garnier sahaja. Cuma, apa yang saya amalkan adalah '6 to 1', yang mana, setelah menggunakan satu produk itu selama enam hari, hari ketujuhnya gunakan produk (masih dalam jenama yang sama, cuma berbeza fungsi) yang lain pula.

Mengapa perlu melakukan rutin sebegitu?
Sebenarnya, jika terlalu lama menggunakan produk yang sama, kulit kita akan imun dengan kesannya, jadi untuk mengelakkan ia kurang berkesan, kaedah ini adalah yang terbaik. Ia memang sudah tertulis dalam mana-mana majalah kecantikan sama ada di Malaysia mahu pun luar negara.

Anda juga mempunyai rambut yang sihat, boleh kongsi produk penjagaan rambut yang digunakan...
Untuk rambut, saya juga menggunakan kaedah '6 to 1', cuma produk apa, tak perlulah saya dedahkan di sini...

Anda juga sentiasa tampil cantik dan bergaya apabila menghadiri sesuatu acara, adakah di luar anda juga begitu?
Saya seorang yang sangat simple, saya adalah wanita T-Shirt dan Jeans, malah apabila keluar, saya hanya mengenakan solekan ringkas sahaja bahkan saya seorang yang tidak suka menyikat rambut.

Selain sibuk dengan karier, apakah yang akan anda lakukan apabila mempunyai waktu terluang?
Sudah pastilah saya akan berehat dan menghabiskan masa di rumah. Paling jauh pun, saya dan suami hanya menonton wayang bersama.



Sumber Rujukan : Sinar Harian

back to top